1. Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP):
A. Bantuan Kewangan Sara Diri/Makanan
B. Bantuan Kecemasan & Kes-kes Lain
- Kes yang mengejut atau di luar jangkaan akibat sesuatu kejadian yang menimpa pelajar sehingga menyebabkan pelajar tersebut memerlukan bantuan serta merta seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya.
C. Bantuan Yuran Pendidikan
- Diberikan kepada pelajar yang mengalami kesempitan kewangan untuk menyelesaikan yuran tertunggak. Keutamaan akan diberi kepada pelajar berstatus yatim piatu, kurang berkemampuan dan keluarga bermasalah.
2. Bantuan OKU
- Bantuan ini adalah daripada bahagian biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berupa bantuan wang saku dan bantuan yuran pengajian.