Senarai Nama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Mengikut Tahun
2024 - Kini
Tn. Hj. Zulkefli Bin Abu Bakar
2006 - 2024
Tn. Hj. Baharom Bin Said
2001 - 2006
Allahyarham Tn. Hj. Zubir Bin Abu Bakar
1998 - 2001
Pn. E. Suhartiningsih N. NotoSudoma
1994 -1998
Dr. Ibrahim Bin Hashim
Mengenai Kami

Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) merupakan salah satu daripada 16 bahagian utama di bawah Pusat Perkhidmatan Universiti Islam Melaka (UNIMEL). HEPA menggalas tanggungjawab yang besar dalam pembangunan pelajar bagi memastikan UNIMEL dapat melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Di bawah pengurusan HEPA, terdapat tujuh unit utama yang berfungsi melaksanakan pelbagai program dan perkhidmatan pelajar iaitu:

  1. Unit Aktiviti Pelajar
  2. Unit Sukan, Rekreasi dan Ko-kurikulum
  3. Unit Kebajikan Pelajar
  4. Unit Sokongan Pelajar (Bimbingan dan Kaunseling)
  5. Unit Tatatertib
  6. Unit Penempatan
  7. Unit Kesihatan Pelajar
 
     HEPA mempunyai beberapa fasiliti antaranya Stadium Al-Tariq Ziyad, Kolej Kediaman, Bilik Sokongan Pelajar, Bilik MPP 1, Bilik Serbaguna 1 dan 2, Pusat Pelajar dan Klinik Kesihatan Pelajar. Fasiliti-fasiliti HEPA yang turut berfungsi sebagai ruang interaksi dan aktiviti komuniti pelajar ini disediakan bagi menyokong keperluan pelajar. (Untuk info lebih lanjut berkaitan fasiliti HEPA boleh rujuk di ruangan “Fasiliti HEPA” di bawah)
 

    Selain itu, HEPA juga menawarkan pelbagai perkhidmatan pelajar termasuk Bantuan Pelajar, Insurans Pelajar Tempatan (Skim Perlindungan Kesihatan Pelajar), Jaringan Alumni, Bimbingan dan Kaunseling, Penempatan Pelajar, Aktiviti Pelajar, Tempahan Stadium, Fasiliti, Peralatan dan Kemudahan Sukan, Klinik Kesihatan Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). 


  Melalui pendekatan holistik ini, HEPA komited dalam memastikan setiap pelajar UNIMEL mendapat sokongan menyeluruh bagi mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kepimpinan sepanjang kehidupan kampus. 

  • Melahirkan generasi Muslim yang berilmu dan bertaqwa melalui pemerkasaan aktiviti kepimpinan 
  • Memperkasakan graduan yang bercirikan keusahawanan dan mempunyai tahap pencapaian akademik, merealisasikan potensi diri dan memiliki daya ketahanan diri
  • Menyelaraskan dan menyelia aktiviti pelajar
  • Mengurusakan pengagihan sumbangan kebajikan kepada pelajar yang layak dan responsif kepada keperluan mahasiswa
Bantuan Yuran Pendidikan (Yuran Tertunggak)

Bantuan Yuran Pendidikan (Yuran Tertunggak) merujuk kepada bantuan kewangan yang disalurkan khusus untuk melunaskan bayaran yuran pengajian yang belum diselesaikan (tertunggak) oleh pelajar UNIMEL. Bantuan ini bersifat sekali beri (one-off).

Sehingga Tahun 2026
Jumlah Pelajar Lulus (Pelajar)
0
Jumlah Agihan (RM)
0

Bantuan Kupon Makan merujuk kepada inisiatif bantuan sosial atau kebajikan yang menyediakan kupon atau baucar bernilai tertentu kepada pelajar UNIMEL yang layak untuk digunakan sebagai ganti tunai bagi pembelian makanan asas atau hidangan siap. Bantuan ini bersifat sekali beri (one-off).

Sehingga Tahun 2025
Jumlah Pelajar Lulus (Pelajar)
0
Jumlah Agihan (RM)
0

Bantuan Wang Saku merujuk kepada pemberian sejumlah wang tunai secara langsung kepada pelajar UNIMEL untuk tujuan menampung kos sara hidup harian dan perbelanjaan peribadi sepanjang tempoh pengajian mereka.

Sehingga Tahun 2025
Jumlah Pelajar Lulus (Pelajar)
0
Jumlah Agihan (RM)
0
Memo Dalaman

Segala info berkaitan makluman semasa berkaitan tarikh permohonan bantuan yuran atau kupon makan atau info-info lain yang dikeluarkan oleh Pihak HEPA akan dimaklumkan di sini.

Borang boleh didapati di bahagian Muat Turun-Am/Umum