Kemudahan Rawatan Pelajar
Klinik Kesihatan Pelajar UNIMEL
AHAD
TUTUP
SABTU
TUTUP
ISNIN
8:00 AM hingga 5:00 PM
SELASA
8:00 AM hingga 5:00 PM
RABU
8:00 AM hingga 5:00 PM
KHAMIS
8:00 AM hingga 5:00 PM
JUMAAT
8:00 AM hingga 5:00 PM
06-387 6882
SKOP TUGAS :
- Merawat kes-kes ringan (Kes “Medical & Surgical”) Cth: demam, asma, gastrik, cirit-birit dan kes kemalangan motor serta melecur.
- Membuat prosedur kecil seperti pemberian airan, membuka jahitan, mencuci luka, membebat/membalut luka dan rawatan asma ringan.
- Memberi rawatan kes ringan dan ubat-ubatan serta nasihat kepada pesakit.
- Merujuk kes kepada Pegawai Perubatan (Doktor) ke klinik atau hospital untuk ujian tertentu seperti X-Ray atau ujian darah dan rawatan seterusnya.
- Membuat pembelian ubat dan peralatan perubatan.
- Membuat tugas perlindungan perubatan untuk program di dalam atau luar UNIMEL.
- Membuat aktiviti kesedaran kesihatan seperti kursus asas kepada siswa dan saringan kesihatan staf, menyalurkan maklumat isu kesihatan terkini serta bekerjasama dengan fakulti dalaman dan agensi luar jika diperlukan.
- Melaksanakan program-program kesihatan bersama staf dan pelajar serta komuniti luar.
Carta Alir Klinik Kesihatan
Sekiranya, pesakit menghidap sakit yang kritikal maka pesakit akan diminta untuk merujuk klinik atau hospital luar.