Soalan Lazim
SOALAN 1 | APAKAH FUNGSI UTAMA PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (HEPA)?
>HEPA menggalas tanggungjawab yang besar dalam pembangunan pelajar bagi memastikan UNIMEL dapat melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
SOALAN 2 | DI MANA LOKASI PEJABAT HEPA?
>Pejabat HEPA terletak di Bangunan Canselori, Aras Bawah, Universiti Islam Melaka.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 5.00 petang
SOALAN 3 | APAKAH JENIS BANTUAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELAJAR?
>Jenis bantuan yang disediakan kepada pelajar:-
Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP) :-
- Sumbangan Kematian = RM 500.00 (Ibu/Bapa/Suami/Isteri/Penjaga Pelajar)
- Bantuan Kewangan Sara Diri/Wang Saku
- Bantuan Kecemasan & Kes-kes Lain (Kes yang mengejut atau di luar jangkaan akibat sesuatu kejadian yang menimpa pelajar sehingga menyebabkan pelajar tersebut memerlukan bantuan serta merta seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya)
- Bantuan Yuran Pendidikan = RM 500.00 hingga RM 1,500.00 (Diberikan kepada pelajar yang mengalami kesempitan kewangan untuk menyelesaikan yuran tertunggak. Keutamaan akan diberi kepada pelajar berstatus yatim piatu, yatim, kurang berkemampuan dan keluarga bermasalah.)
- Kupon Makan = RM 300.00 (per semester) yang bernilai RM 5.00 setiap kupon
Bantuan OKU (Bantuan ini adalah daripada bahagian biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berupa bantuan wang saku dan bantuan yuran pengajian.)
SOALAN 4 | BAGAIMANA CARA MEMOHON BANTUAN TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR (TKP)?
>Pelajar boleh membuat permohonan Bantuan BTKP setelah memo permohonan dikeluarkan oleh HEPA. Permohonan adalah secara atas talian iaitu melalui pautan dan QR “google form” yang akan disertakan sekali di dalam memo. Permohonan yang berjaya dihantar akan disemak terlebih dahulu. Sekiranya lengkap, pelajar akan dipanggil melalui panggilan, “whatsapp” atau sms untuk menghadiri sesi temu duga. Pelajar yang lulus sesi temu duga akan dimaklumkan melalui panggilan, “whatsapp” atau sms untuk tuntut surat kelulusan di pejabat HEPA.
SOALAN 5 | SIAPAKAH YANG PERLU SAYA HUBUNGI JIKA MENGALAMI MASALAH STRES, TEKANAN EMOSI ATAU KESIHATAN MENTAL?
>Pelajar boleh menghubungi Unit Sokongan Pelajar (Bimbingan dan Kaunseling) untuk menjalani sesi. Semua perbincangan adalah sulit. Janji temu boleh dibuat melalui sistem atas talian di laman web HEPA di butang perkhidmatan, bimbingan dan kaunseling.
SOALAN 6 | ADAKAH PENGLIBATAN DALAM KELAB, PERSATUAN DAN SUKAN WAJIB?
>Penyertaan sangat digalakkan kerana ia membantu membangunkan kemahiran insaniah, kepimpinan, komunikasi dan jaringan sosial.
SOALAN 7 | BAGAIMANA CARA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN BAHARU?
>Permohonan penubuhan kelab dan persatuan dibuat dengan disertakan draf perlembagaan , objektif dan senarai jawatankuasa. Permohonan yang dihantar akan disemak oleh pegawai Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (PTNCHEPA) untuk memastikan tiada pertindihan penubuhan kelab/persatuan. Permohonan yang berjaya akan diberikan surat kelulusan kepada wakil pemohon. Dengan itu, persatuan dan kelab yang diluluskan didaftarkan secara rasmi oleh HEPA.
SOALAN 8 | APA TINDAKAN JIKA PELAJAR MELANGGAR PERATURAN UNIVERSITI ATAU KOLEJ KEDIAMAN?
>Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu, atau mana-mana kombinasi dua atau lebih yang sesuai daripada hukuman, hukuman yang berikut:-
- Amaran
- Denda tidak lebih dari satu ribu ringgit bagi setiap kesalahan
- Menghadiri sesi kaunseling
- Dilarang daripada menggunakan mana-mana atau kesemua kemudahan – kemudahan universiti selama tempoh yang ditentukan
- Pampasan dan/atau gantirugi kerugian dan/atau kerosakan
- Digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan
- Dipecat dan/atau diberhentikan daripada Universiti.
*Rujukan adalah berdasarkan Buku Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar Universiti Islam Melaka (Pindaan 2024)
SOALAN 9 | BAGAIMANA MENGHUBUNGI HEPA ATAU UNIT BERKAITAN?
UNIT | E-MEL | NO. TELEFON |
Pejabat HEPA |
pejabathepa@unimel.edu.my | 06-3878412 |
Unit Kebajikan Pelajar | 06-3878408 | |
Unit Sokongan Pelajar (Bimbingan & Kaunseling) | 06-3878406 | |
Unit Aktiviti Pelajar | 06-3878412 | |
Unit Sukan, Rekreasi & Kokurikulum | 06-3878426 | |
Unit Penempatan | 06-3878426 | |
Unit Tatatertib | 06-3878435 | |
Unit Kesihatan Pelajar | 06-3876882 |