Bantuan Pelajar

JENIS -JENIS BANTUAN PELAJAR

1. Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP):
A. Sumbangan Kematian = RM 500.00
  • Ibu/Bapa/Suami/Isteri/Penjaga Pelajar
B. Bantuan Kewangan Sara Diri/Wang Saku
C. Bantuan Kecemasan & Kes-kes Lain
  • Kes yang mengejut atau di luar jangkaan akibat sesuatu kejadian yang menimpa pelajar sehingga menyebabkan pelajar tersebut memerlukan bantuan serta merta seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya.
D. Bantuan Yuran Pendidikan = RM 500.00 - RM 1,500.00
  • Diberikan kepada pelajar yang mengalami kesempitan kewangan untuk menyelesaikan yuran tertunggak. Keutamaan akan diberi kepada pelajar berstatus yatim piatu, kurang berkemampuan dan keluarga bermasalah.
E. Bantuan Kupon Makan = RM 300.00 (per semester) yang bernilai RM 5.00 setiap kupon
2. Bantuan OKU
  • Bantuan ini adalah daripada bahagian biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berupa bantuan wang saku dan bantuan yuran pengajian.
3. Bantuan Pascasiswazah

Carta Alir Operasi Kebajikan Pelajar

Proses permohonan Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP) bermula dengan memo makluman daripada HEPA mengenai tarikh permohonan bantuan dibuka. Pelajar hanya boleh membuat permohonan bantuan selepas memo makluman dikeluarkan. Permohonan adalah secara atas talian. Sehubungan dengan itu, pelajar perlu mengimbas kod QR yang disertakan dalam memo makluman untuk membuat permohonan. Permohonan yang lengkap akan dipanggil melalui "whatsapp", sms atau panggilan untuk menghadiri sesi temu duga khusus bagi permohonan bantuan yuran pendidikan (yuran tertunggak). Pihak HEPA akan memaklumkan (melalui panggilan, "whatsapp" atau sms) kepada pelajar untuk menuntut surat kelulusan bantuan yuran bagi yang lulus. Akhir sekali, pihak HEPA akan menghantar permohonan arahan bayaran kepada Pejabat Bendahari untuk membuat bayaran yuran pelajar berdasarkan jumlah agihan daripada keputusan temu duga. 

Galeri