Kemudahan Rawatan Pelajar

Klinik Kesihatan Pelajar UNIMEL
AHAD TUTUP
SABTU TUTUP
ISNIN 8:00 AM hingga 5:00 PM
SELASA 8:00 AM hingga 5:00 PM
RABU 8:00 AM hingga 5:00 PM
KHAMIS 8:00 AM hingga 5:00 PM
JUMAAT 8:00 AM hingga 5:00 PM
06-387 6882

SKOP TUGAS :

  1. Merawat kes-kes ringan (Kes “Medical & Surgical”) Cth: demam, asma, gastrik, cirit-birit dan kes kemalangan motor serta melecur.
  2. Membuat prosedur kecil seperti pemberian airan, membuka jahitan, mencuci luka, membebat/membalut luka dan rawatan asma ringan.
  3. Memberi rawatan kes ringan dan ubat-ubatan serta nasihat kepada pesakit.
  4. Merujuk kes kepada Pegawai Perubatan (Doktor) ke klinik atau hospital untuk ujian tertentu seperti X-Ray atau ujian darah dan rawatan seterusnya.
  5. Membuat pembelian ubat dan peralatan perubatan.
  6. Membuat tugas perlindungan perubatan untuk program di dalam atau luar UNIMEL.
  7. Membuat aktiviti kesedaran kesihatan seperti kursus asas kepada siswa dan saringan kesihatan staf, menyalurkan maklumat isu kesihatan terkini serta bekerjasama dengan fakulti dalaman dan agensi luar jika diperlukan.
  8. Melaksanakan program-program kesihatan bersama staf dan pelajar serta komuniti luar.
Carta Alir Klinik Kesihatan
Sekiranya, pesakit menghidap sakit yang kritikal maka pesakit akan diminta untuk merujuk klinik atau hospital luar.
Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Kemudahan Klinik kepada Pelajar UNIMEL